Monday, November 9, 2009

aku ke yg salah..

this night...hatiku luka lagi...
salah ke saya kalau saya perlukan kamu di waktu sy memerlukan..
salah ke saya kalau saya msg awk disebabkan sy x leh tdo..
salah ke saya kerana menjadi seorg yg penakut....
salah ke saya kalau sy mau berkongsi rasa dgn org yg sy syg...
salah ke saya meluahkan ape yg saya rasa...
salah ke saya...
salah ke....

Sunday, September 27, 2009

.....adakah saya....

Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan. Berfikiran positif utk. menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg. terbaik untuk diri anda. Sesuatu yg. terjadi ada kebaikan di sebaliknya. Sebagai seorg. Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg. tersirat di hati kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda, hidup mesti diteruskan.

perkara x perlu dibuat ketika bercinta

Kata orang, saat bercinta anda boleh melakukan apa sahaja kerana si dia sangat menyayangi anda. Tetapi anda harus berhati-hati, bukan semua perkara boleh dilakukan sesuka hati.

Jika anda tidak mahu si dia berkecil hati dengan sikap anda, jangan sekali-kali melakukan perkara di bawah ini. Jika anda melakukannya juga, tidak mustahil perhubungan yang telah dibina sejak sekian lama itu akan terlerai di pertengahan jalan.

Jalan terbaik, lebih baik anda berdiam diri dan menyemai cinta abadi bersama si dia.

1. Jangan suka membandingkan
Tiada sesiapa di dunia ini yang suka diperbandingkan dengan sesiapa sahaja. Lebih nahas jika anda cuba membandingkan kekasih hati anda dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih yang pernah bersama dengan kamu sebelum ini. Perbandingan yang anda lakukan sebenarnya mampu mengguris hati si dia sekaligus mengganggu kelancaran perhubungan anda. Sebaiknya, terima dirinya dengan seadanya dan lupakan kisah cinta yang pernah anda jalinkan bersama insan lain.

2. Jangan menipu
Di dalam sesebuah perhubungan, sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain sangat dipentingkan. Jika anda selalu menipu dan akhirnya diketahui oleh si dia, sudah pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi. Sekalipun dia memaafkan anda, rasa terluka pasti akan sentiasa bermain-main di dalam jiwanya. Jalan terbaik jangan sekali-kali berbohong walaupun ada ketikanya hakikat yang diterima sangat menyakitkan. Sesiapa sahaja sukakan insan yang jujur untuk mendampingi mereka.

3. Jangan berahsia
Sebagai pasangan kekasih, anda seharusnya mengelakkan sikap berahsia dengan si dia. Sikap yang terlalu suka berahsia kebiasaannya akan membawa kepada penipuan dan akhirnya kecurangan. Oleh itu, di dalam hubungan cinta, cubalah minimumkan kerahsiaan anda dengan si dia. Sikap terbuka yang anda pamerkan sudah pasti memberikan rasa gembira kepada si dia.

4. Jangan lupa hari penting dirinya
Si dia mungkin tidak mengharapkan hadiah mahal daripada anda. Cukuplah sekadar sekeping kad ucapan sebagai tanda anda mengingatinya. Kalau anda seorang yang pelupa, catatkan hari-hari penting si dia di dalam diari dan berikan sedikit kejutan buatnya. Kirimkan sekuntum bunga pada hari bahagianya. Kuntuman bunga itu sudah pasti mampu membuatkan bibir si dia tersenyum bangga sepanjang hari.

5. Jangan mulakan pertengkaran
Jika asyik bergaduh, siapa yang akan tahan. Oleh itu jangan sekali-kali memulakan pertengkaran. Apatah lagi untuk isu-isu yang kecil serta remeh-temeh. Cuba bersikap matang dan berikan peluang kepada si dia untuk memberikan penjelasan. Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman dengan tenang. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang.

6. Jangan mengongkong
Pada hari ini semua orang keluar bekerja untuk mencari rezeki. Oleh sebab itu jangan sekali-kali anda mengongkong pergerakannya. Jika sekali-sekala dia mahu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya, beri keizinan. Sikap anda yang bijak bertolak ansur bukan sahaja amat disenanginya, malah rakan-rakan baiknya juga senang hati dengan perhubungan yang terjalin antara si dia dan anda.

7. Jangan terlalu cemburu
Tidak salah untuk cemburu, tetapi biarlah bersebab. Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Usahlah terlampau cemburu sehingga dia tidak merasa bebas untuk melakukan aktiviti yang digemarinya. Jika anda terus dengan sikap cemburu itu, bersedialah anda untuk kehilangan insan tersayang.

8. Jangan berpura-pura
Usahlah keterlaluan menguji cintanya terhadap anda. Sikap anda yang keterlaluan mungkin akan memakan diri. Bukan semua orang boleh bertahan apabila selalu diuji. Lambat laun pasti si dia akan bertindak meninggalkan anda kerana dia beranggapan anda tidak mempercayai dirinya. Paling teruk jika si dia sudah tawar hati dengan anda. Sudah pasti sukar untuk dipujuk lagi.

9. Jangan tunjukkan rasa bosan
Mungkin anda tidak suka dengan hobinya, tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap bosan di hadapannya. Sebaiknya anda cuba semaikan sikap meminati aktiviti yang disukainya itu. Lebih baik jika anda dapat bersama-samanya melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat menarik perhatiannya, malah secara tidak langsung mampu mengawal pergerakan si dia. Maklumlah anda mempunyai hobi dan minat yang sama. Tidak mustahil kawan-kawan anda juga serupa.

10. Jangan menjatuhkan air mukanya
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Jika anda secara tidak sengaja melakukannya, segeralah meminta maaf apabila anda menyedarinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan serupa kerana si dia pasti bosan dengan tingkah laku anda yang agak kasar itu.

Tuesday, September 15, 2009

final projek in progress

akhirnya line tenet leh gak dibuka..ntah pape semalam seharian x leh buka...semalam ak mula buat projek final year ak..semalam lam kul 10 ak g lab..ain dh tnggu kat lab..ramai gak lam lab wktu tu..ain,epul,nabila,mira...mira dh tlg dilute kn ak py tuk buat plate pda...
antr g autoclave..pastu kita org wat subculture semula..aku buat 5 plate..rendam millet ngn wheat tuk buat spawn...pastu ak kuar la..cr prof hani..bincang sal slide seminar...sgt lah baik prof..mmng bersifat keibuan..hehehe...pastu ad la kena tmbh pic ngn baiki cikit2...
pastu lam kul 1.30 bru leh dpt buat plate pda...panas ag solution tu,kena tnggu sejuk..aida lak nk guna lam kul 2...tp lbh kul 2 bru kitaorg siap..hehe..seronok sgt..kita org msng2 berkerjasama..tlg2 mana yg perlu..hehe...blik lbh kuang kul 3..
penat sgt..rini pn sama..penat..esok kena buat spawn ngn kuar upm..nk amik substrate nk tanam cendawan..huhuhu

Saturday, September 5, 2009

berbuka puasa bersama kawan2..

hari niewktu klas biochem,ira tetiba kata..
dia nk mkn sedap..jd ak pn wt la cadangn..pegi mines..mkn ramai2 gang kitaorg..
pastu jue ajak kak sofea a.k.a rmte dia..jd skung nie itaorg pegi ngn rumate dia la..
janji kul 6..pastu dekat kul 7 bru pegi..x pe la..nsib bek bln pose...

smpai tu kitaorg g fdcrt...nk mkn kat sana la..wktu tu ramai gla la org..huhu..
pastu dpt la tmpat..tp tmpat tu cm suram la..sbb diaorg x psng lmpu..
ak ngn anis g bli i dulu...pastu br kitaorg g beli nsi..
aku amik i tembikai ngn nasi hot & spicy chicken rice..sgt la x sdp nasi tu..huhuhu..ak mkn x hbs pun...

pastu g slt..lps slt beli ice cream sundae mcd..hehe..pastu ak ty la..nk pg mana...diaorg ckp nk g karaoke..ak pn on je la..kitaorg nyanyi 20 lagu mlm tu..aku,ira,jue,ngan kak sofea nyanyi byk la..wani kdg2..anis lak memg malu..hehe..

blik tue,g beli kfc..pastu blik..seronok sgt..kitaorg rancang nk men bowling lak nnt..leh anis join sama..hehe

Friday, September 4, 2009

proposal dh siap

ahahaha..(ketawa cm org gila)..
akhirnya proposal ak dh siap..
arap2 papa ku x byk komen..huhuhu

Thursday, September 3, 2009

alkisah...

pagi ni aku akan start wat projek..walaupn proposal ak x antr ag..
pagi tu lam kul 8 lbh,ak ngan ain pegi la makmal miko..
waktu tu ad dak master foreigner..ape nama dia ek..aida kalau x silap..
mula2 ak ngn ain cm bongek2 la..
x tau kat mana latak equipment ngan bahan2...nasib bek kitaorg pnjm culture ngn plate saiful..thanks ek saiful..huhu..
pastu setelah mengodek sana mengodek sini,akhirnya kitaorg siap wt subculture tu..

tetiba lak dr mohd noor msuk..dia ty sape yg nk jmpa dia semalam..kitaorg pn kena la g blik dia lak..pastu kena la lecture ngn dia..sbb proposal x antr ag..ak ckp la probnya,x siap ag sbb stuck kat method paper tu...dia x mau trm..dia x de la mrh..cuma nasihat jer..tp ntah la..bla dia kata,dia pernh failkn 2 org student,smgt ak jd luruh..
dia ty aku,nk ngis ker..aku ketawa je kata x...padahal lam hati x tau nk kata la..huhu..tension tol la..semalam dktr kata a..hr nie dia kata b..ntah yg mana la btl..huhu...

esok kna antr proposal..x pe tqah,,u can do it..gambate...
kembalikan semangatku..huhuhu...

Wednesday, September 2, 2009

IBS


hari ni kami sume g lawatan..best sgt..kitaorg g IBS..IBS tu ape?
IBS tu institut biosains...lam UPM je...ktaorg g lawat unit microscopy..
tgk la TEM ngan SEM..pastu byk amik gmbr..kump ak kejap je siap dgr penerangn..
pastu kitaorg g men2 kat kump lain..haha..wat bising...
lps hbs sume,dok luar amik gmbr..byk gak gmbr kitaorg amik..hehe..
seronok sgt...

Tuesday, September 1, 2009

gerammmm

ak geram btl la ngn kwn yg x reti jg hati kwn nie...
kata kwn..tp nape x mau sush senang sama2...
ak benci tol ngn golongn cm nie...
tlg la berubah k kalau kamu mahu org x membenci kamu...
kawan blh dicari...smpai bla nk bersabar...
sabar pn ad had...

sedih sgt...

ape la nk jd ngn final projek ak nie...
ntah bla nk siap proposal..
tension tol la...ngan method x jmpa2 ag..
org len sng la ckp..
cr kat tenet la..ty dktr la..ty dak master la..
masalahnya ak dah wat sume tu (kecuali jmp dktr)..
dktr pn suh ty kak prima tu...
nsib bek berpuasa...sabar tqah...
huhuhu...

Monday, August 24, 2009

rindunya...


emmm...tetiba rasa rindu nk berbuka puasa ngn sahur ngn family..kalau kira2,ak x smpat nk buka puasa ngn diaorg...ak blik 19 pg..20 tu dh raya...sedihnya...rindu nk sediakn mknn berbuka (walaupn kdng2 ak mls nk msk)..rindu nk bazar ngn adik2...npe tetiba emo je ni..hahaha..(ketawa dalam sedih)

Saturday, August 22, 2009

hari 1st puasa


mlm td ak mkn byk sgt..sbb lapar ke ape,ak pn x tau la..haha..ak mkn kfc,laksa,cheazy wedges..hahaha...
sahur td didi kejutkan..kalau x de kebab,ak rasa ak x bgn pn sahur...lam kul 5 bgn..g cuci muka pastu mkn..mkn separuh lbh ckit je kot..mata pn berat..haha...
pastu tdo..emmm...hr ni x de la rasa lpr sgt...rasa tenang je..hr pn ujan..rahmat allah bg..alhamdulillah...
nnt ptng nk mkn ape ek..tntu acik srnk leh puasa kt umah..diaorg mkn pe ek..rmte lak x de..blik umah..g buka pose kt blik jue la nmpknya..hehe..slmt berpuasa sume...

Thursday, August 6, 2009

tenet yg mengong

x tau la pehal..tenet ni good je signal..
tapi,nk buka facebook x leh..fs x leh...
kwn aku ad gtau,laman web yg 'geli2' tu leh lak buka..
ntah pape la...
aaaaaaaaaaa...

Wednesday, August 5, 2009

ntah la labu...

hari ni hr 1st blik upm tuk sambung blajar..
x de mud langsung la..
esok x tau ad x test stat..
pastu jumaat ni lak test biochem ngan imunologi...
aaa...stdy pn x ag ni..cm ne..huhuhu...
nsb bek la lect microb tersyg (dr wan + dr mohd noor) tangguhkn test teknik khas..
diaorg memng mehami la..
kalau blik umah,student x stdy..huhuhu..
aku tertekan!!!

Wednesday, July 22, 2009

pc fair

hari ni jln2 kat pc fair kat upm..
hehe..teka aku beli ape..
aku beli mouse,cover hp,cover laptop,cooler,pendrive..
pndrve 2g rm22...x mau bli yg besar2..
sbb nnt nk beli xternl..x pe la..
sabar dulu..tp seronok..sbb dpt beli brg2..
haha..
(hbs ag duit aku..wuwuwu)

Monday, July 20, 2009

emmmmm

td aku bc blok acik..bc yg dia g hari keluarga..
pastu smbut b'day adik..tetiba aku rasa sdih lak..
memng sedh sbb aku x de...x dpt nk jd sebahagian dr diaorg..
emm..aku yg sensitif kot mlm ni..
huhuhu

Sunday, July 19, 2009

ice age 3

best sgt cte ni..lawak gler..pastu ad msg tuk pershbatan..kalau sape x tgk ag,aku syorkn,g la tgk..memng best..mujur kak ct ajk tgk..kalau x,memng aku x tgk..hehe..x sbr nk tgk harry pttr...td penug..kul 5 lbh je ad..huhuhu

bestttt sgtt

semalam g jln..biasa la kan..g dating..aku g awl..sbb x mau ramai org..beratur nk bli tket wayang..kitaorg tgk skrip 7707..emm..ok la..x de la best sgt..hehe..pastu dd bg rantai..cmtk sgt rntai tu...hehe..tq ek...pastu lps slt,kitaorg g bli mknn nk mkn smbl duduk..beli roti,pizza,ngan popia..aku bw blik pzza..pastu bli donut bw blik..emm...rasa cm x mau blik je...nnt mnggu dpt x leh jmpa..huhuhu

Friday, July 17, 2009

hooyee...

yes..duit dh masuk..lalala..
dh masuk..lalala..

Wednesday, July 15, 2009

tensionnnnnn

aaaaaaaaaaaa....
td aku g lib...
ingt nk cr sal tajuk seminar nnt...
x jmpa...sushnya...
aku memng dh tension..
nk ngis pn ada...
dh la projek x mula ag...
ty lect dia x gtau pape...
iskk...tension!!!!!!!!!!1

Monday, July 13, 2009

mimpi...

td aku mimpi...
mak dia x suka aku..huhuhu..
sedih sgt mimpi tu....
kalau jd kat dunia realiti,x tau la...
huhuhuhu...

projek

untuk sem akhir ni,aku kena wat satu projek..
keje ni individu la di bawah penyeliaan lect..
aku dpt under dr mohd noor abd wahab...
tajuknya??pnjng la ckit..hehehe
BIOPULPING OF SPENT SUBSTRATE OF MUSHROOM GROWING MATERIAL INTO PAPER MAKING
cm ni la kiranya..cm kita amik waste dr mushroom tu,letakkn ats habuk kayu ke,kayu ke(pulping) tuk hasilkn kerts...
sush gla la...pastu aku ad la cr info..
td jmpa la dr saje2 nk bincang sal tjuk ni..
aku ty dia,dia ty aku blik...
iskk..berpeluh2 gak la aku menjwb..
aku dh mula rasa tension..huhuhu...
sushnya ngn dr ni..dh la ni 1st time sal tjuk ni..
nk ty senior pn x leh..
aaaaaaaaaaaaaa....hhuhuhuhuhu

Sunday, July 12, 2009

histeria...

ya allah....aku x tau la..
mlm td pengalaman yg menakutkn bg aku...
aku tdo awl mlm td..lam kul 11 lbh ag aku tdo..
pastu lam kul 1.43 aku tersedar...ad orng menjerit...
pastu aku dgr ad org azan...aku dh rasa x sedap hati dh ni...
tgk rmte aku x tdo..dgr lg org menjerit..kali ni dia kata lpskn aku...
aku ty rmte,ad org kena histeria ke..dia kata yea..lam kul 1.30 ag...
aku dh tkt dah..tkt benda ni berjangkit..tapi x leh lmah smngt..
aku pn nk tdo ngn rmte..dia ok je...pastu dh diam..
ingt dh baik la..tba2 lam kul 2 lbh byi budk tu menjerit ag..aku x tau la...
memng scary sgt2...pastu dgr budk tu lari..tp smpat tngkp..
huhuhu..aku btl2 tkt..sblm ni tgk kt tv je..skung jd btl2..
blik aku kt tgh2..bnda jadi tu betul2 kt bwah blik aku kat laluan penjln kaki antra masria ngn mahsuri kot..huhuhu...aku dh x leh tdo..kejap2 sedar..pastu suh nk tdo..ya allah..lindungilah aku..huhuhu...hope tonight x jd ag sbb kak ti kata semlm pn dh ad..huhuhu..

Monday, July 6, 2009

seminar...

hari ni hari 1st kelas...pastu g biotect 2..tgk ramai org berkumpul kat dpn pejabat..aku ngn anis g la tgk...rupanya diaorg ngah pilih tjuk seminar..tajuk cm sush2 je..huhu..dh byk tjuk yg best2 org amik...so,aku amik la tjuk amino acid 21 & 22 di bawah prof norhani..emmm..x pe la..cuba la yg terbaik...gambate atiqah...

semester 5 thn 3

hari ni kul 5 pagi sampai kajang..lam 5.30 cik ki amik..g umah dia dulu..tgh hari tu mkn nasi ngn sambal belacan..perrgghh…pedas gla la sambal belacan tu..cm berapi mulut aku..hahaha..lam kul 3 lbh cik ki antr blik upm..ramai sgt org…aku dok tngkat 2 blik 215..rmte baru..?nama dia kak ida..baik orgnya..hehe…emm..penat ankut brg dr ground ke tngkat 2..cam org gla naik turun naik turun..hahaha…emm…esok kelas kul 8..malasnya..hahaha…

Friday, June 12, 2009

b0san

b0san d0k umah...x tau nk wt pe...d0k umah mkn tdo bc k0mik..bdan aku pn dh nek dah..huhu...hari ahad smpai khms keje..dr pukul 8 smpai kul 5..huhu..pnat..ad 3 mggu lg nk blik u..pasni x leh dh la nk relax..

Thursday, March 12, 2009

test...

Esok ak ad test bakteriologi...oh no...byk lg x stdy ni...asyik mengadap laptop kesayanganku ni aje...huhuhu...ntah la...x de mud rasa nk stdy...ak ni nk stdy kena amik mud dulu...kena tgk cte jepun dulu la...cek fs n email...pastu, baru la mula nk stdy...emm...tonight cm can't sleep je sbb must finish note yg berlambak ni...oh no...ak dh mula rasa tekanannya..huhuhuhu...

Wednesday, March 11, 2009

hello there...

yes...finally i already have my own blog...here,i can write whatever i want...let's share hapinness and sadness together..let's start blogging..hahahaha...(ntah betul x ckp omputih ni..hahaha)